I.K.R.A.M
TERIMA KASIH & SELAMAT DATANG
I.K.R.A.M

ikatan kasih rumpun anak-anak melayu || IKRAM UiTMPP


You are not connected. Please login or register

ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Fri Jul 09, 2010 9:30 pm

Ash


Tengah seronok
Tengah seronok
JERLUN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneliti semula program motivasi anjuran ESQ Leadership Center Sdn Bhd (ESQ) yang diharamkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mendukung fahaman liberalisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata Jakim akan meneliti dan mendalami modul ESQ terlebih dulu untuk melihat dengan lebih jelas apa yang disifatkan sebagai menyeleweng itu.
"Kita akan semak semula modul itu kerana mereka (ESQ) ini peniaga, jadi kita tidak mahu menyekat rezeki orang, tetapi kita akan semak, jika benar ada penyelewengan yang berlaku, kita terpaksa ambil tindakan," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.

Katanya, Jakim juga mempunyai rekod berhubung program yang dikendalikan ESQ.

"Program itu masih diteruskan dan hari ini, kita tidak boleh mengatakan sama ada ia sah atau halal kerana selepas ini, kita tidak tahu apa yang mereka buat, jadi kita akan memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mashitah berkata, beliau percaya keputusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul ESQ bagi membimbing atau mengelakkan pemesongan akidah.
"Masyarakat kita memang mudah sangat terikut dengan sesuatu perkara, tambahan pula perkara yang membabitkan kesedaran akidah. Tetapi kita perlu menjaga supaya ia tidak terseleweng daripada akidah.

"Kita akan ambil langkah awal untuk mengelakkan perkara itu berlaku kerana ia boleh membabitkan penyelewengan akidah yang lebih dahsyat jika dibiarkan," katanya. - Bernama


2 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sat Jul 10, 2010 12:33 am

awecloud


Gang!!!
Gang!!!
jadi? adakah ini kes I.S.A nanti?...

http://www.kelajuankehidupan.blogspot.com

3 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sat Jul 10, 2010 1:09 am

cik_nyu


Baru Merayau
Baru Merayau
awecloud wrote:jadi? adakah ini kes I.S.A nanti?...

mengikut berita yg didengari di radio,esq menggugat akidah dan tauhid umat islam..apa benar? siapa yg dah pg esq,cubalah renung2 kan balik betul atau tidak. :suspect:

http://ndh5.blogspot.com/

4 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sat Jul 10, 2010 1:26 am

awecloud


Gang!!!
Gang!!!
cik_nyu wrote:
awecloud wrote:jadi? adakah ini kes I.S.A nanti?...

mengikut berita yg didengari di radio,esq menggugat akidah dan tauhid umat islam..apa benar? siapa yg dah pg esq,cubalah renung2 kan balik betul atau tidak. :suspect:



Itulah, Awe xpernah Pergi... so, i cant say something yet
still, sesiapa yang pergi tu, cubalah kaji dari perspektif agama Islam.
mungkin ada perkongsian yang boleh kita perolehi...

apa2pun, kita banyak xtahu tentang sesuatu... moga ALLAH lindungi kita semua dari
sebarang fitnah...

http://www.kelajuankehidupan.blogspot.com

5 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Mon Jul 12, 2010 1:49 am

Ash


Tengah seronok
Tengah seronok
pegawai syariah ESQ nafikan yg ESQ haram....4 negeri lain iaitu Kedah,Perak....(lupa da) telah mmbenarkn ESQ dinegeri mereka.

6 Jalan yang terbaik? on Sat Jul 17, 2010 12:23 am

awecloud


Gang!!!
Gang!!!
Ash wrote:pegawai syariah ESQ nafikan yg ESQ haram....4 negeri lain iaitu Kedah,Perak....(lupa da) telah mmbenarkn ESQ dinegeri mereka.

|| apa-apapun, doa kita adalah moga kita dijauhi perkara y tidak diingini, doa u dikuatkan iman, ditunjuki jalan y lurus... Amin... moga kit aberada didalam jemaah y selmat dijalan ALLAH|| gigit kanan kiri

http://www.kelajuankehidupan.blogspot.com

7 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sat Jul 17, 2010 7:57 pm

Ash


Tengah seronok
Tengah seronok
setelah dgr hujah ust johari smlm,sy pasti ESQ ini haram!!!!

8 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sun Jul 18, 2010 1:14 pm

awecloud


Gang!!!
Gang!!!
Ash wrote:setelah dgr hujah ust johari smlm,sy pasti ESQ ini haram!!!!


Anta, bolei citer skit x ape yang dibahaskan oleh ust Johari?


_________________

http://www.kelajuankehidupan.blogspot.com

9 Re: ESQ hny haram di wilayah KL buat masa ini on Sun Jul 18, 2010 11:37 pm

Ash


Tengah seronok
Tengah seronok
es0k saya brkunjung ke rumah anta.kita g msjd batu ust halim nasir skali

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum